KPDN pantau kesan tarif timbal balik

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memantau perkembangan semasa susulan pengumuman tarif timbal balik diumumkan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Timbalan Menteri KPDN, Dr Fuziah Salleh berkata, walaupun Kementerian itu tidak terbabit secara langsung dalam hal berkaitan tarif timbal balik, namun pasukan penguat kuasa KPDN akan melakukan pemeriksaan harga secara berterusan.

“Setakat ini kita macam biasa, memerhatikan harga barang setiap hari… memantau harga setiap hari.

“Tapi kita KPDN memantau barang-barang keperluan memastikan kemampanan bekalan barang-barang keperluan harian ini seperti minyak, gula, telur, ayam, harga sayur dan sebagainya.

“Barang-barang lain di luar bidang kuasa KPDN,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran KPDN Pahang, hari ini.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik yang dipercayai sebagai langkah melancarkan ‘perang dagang’ dengan China.

Trump bagaimanapun mengumumkan beberapa produk tertentu dikeluarkan daripada tarif timbal balik berkenaan selepas Beijing memberi reaksi balas.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar