PRK Ayer Kuning: Pembangkang hilang modal kempen – Wan Rosdy

BIDOR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melabelkan tindakan pihak pembangkang dalam menggunakan gambar poster kempen tanpa kebenaran sebagai tidak profesional, ketandusan pandangan serta pemikiran.

Ujar beliau, tindakan itu juga jelas bertentangan dengan peraturan-peraturan tersedia yang melanggar tatacara pertandingan.

“Ini menunjukkan pihak pembangkang kehilangan modal untuk berkempen.

“Menggunakan gambar tanpa kebenaran jelas bertentangan dengan peraturan sedia ada dan melanggar tatacara pertandingan.

“Belum diberi kuasa, belum dipilih lagi, sudah cuba mengelirukan rakyat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Makan Tengah Hari bersama Jentera dan Pengundi serta Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Simpang Tiga, Bidor di sini pada Selasa.

PDM tersebut juga merupakan PDM angkat negeri Pahang sepanjang terlaksananya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ini.

Selain Pahang, PDM itu turut dijaga bersama oleh UMNO Bahagian Bagan Serai dan Parit Buntar.

Turut diraikan juga calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, yang sempat bersama menyertai majlis tahlil ringkas bagi menghormati pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang DUN Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin.

Mengulas lanjut, Menteri Besar Pahang itu turut meminta agar para pengundi DUN Ayer Kuning bijak membuat pilihan dan menilai perbuatan pihak pembangkang, Perikatan Nasional (PN).

“Harap para pengundi di Ayer Kuning boleh menilai bagaimana sikap pembangkang dan pemikiran mereka.

“Bagaimana mahu jadi wakil rakyat jika sebelum diberi mandat pun sudah cuba mengelirukan rakyat.

“Kita semua tahu untuk menggunakan gambar individu, perlu mendapatkan keizinan dan mereka (PN) sudah melanggar etika pertandingan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang warga emas dikatakan tidak berpuas hati apabila gambarnya digunakan pada poster PN tanpa kebenaran yang tular di media sosial.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad juga telah mengakui menggunakan gambar tanpa kebenaran seorang ahli UMNO bersama calon PN, Abd Muhaimin Malek yang dijadikan poster bagi hebahan kempen pada PRK Ayer Kuning.

Susulan itu telah memuktamadkan keputusan untuk tidak menggunakan poster tersebut.

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029