Dokumentari khas tentang Pak Lah akan diulang siar – Fahmi

KEMENTERIAN Komunikasi akan mengulang siar dokumentari khas mengenai jasa dan sumbangan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk tatapan generasi muda.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dokumentari itu disiarkan bagi memperingati legasi negarawan yang banyak menyumbang kepada pembentukan negara.

“Saya akan minta supaya profil dan sedikit dokumentari tentang apa yang telah berjaya dilaksanakan sewaktu pentadbiran Perdana Menteri Kelima dapat diulang siar sebagai tatapan utama generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah di Masjid Negara, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan yang membumi dan disayangi oleh rakyat.

Tambahnya, beliau juga menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang memperkenankan jenazah Allahyarham dimakamkan di Makam Pahlawan sebagai penghormatan tertinggi negara.

Fahmi yang juga merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berterima kasih kepada pihak yang telah menangguhkan dan membatalkan majlis sebagai tanda penghormatan berikutan pemergian Allahyarham.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan.

Related Posts

Belanjawan 2027: Sabah tidak perlu kejar semua industri, fokus kekuatan sedia ada

KOTA KINABALU – Sabah tidak perlu cuba mengejar semua jenis industri, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada kekuatan ekonomi yang sememangnya sudah dimiliki negeri itu, khususnya pertanian, tenaga boleh diperbaharui dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

KUALA LUMPUR – Nilai transaksi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencecah RM5.2 bilion dengan hampir 8.4 juta penerima menggunakan MyKad untuk membeli keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Sabah tidak perlu kejar semua industri, fokus kekuatan sedia ada

Belanjawan 2027: Sabah tidak perlu kejar semua industri, fokus kekuatan sedia ada

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera