Guna gambar ahli UMNO tanpa kebenaran, calon PN ‘tak rasa apa-apa’

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek sekadar memberi alasan untuk lari dari tanggungjawab selepas menggunakan imej ahli UMNO tanpa kebenaran untuk bahan kempennya.

Beliau berkata, sebagai salah seorang calon yang bertanding, Yang Dipertua Pas Tapah itu tidak menghadkan sebarang pertemuan atau interaksi hanya kepada penyokong parti tertentu sahaja.

Katanya, gambar yang digunakan pada bahan kempen tersebut mungkin dirakam dalam salah satu pertemuanya dengan pengundi selain beliau sendiri tidak pasti bagaimana gambar individu berkenaan.

“Jadi, sepanjang saya (berkempen, saya) menyantuni sesiapa sahaja. (Mungkin dalam pada itu) ada orang ambil gambar saya (bersama individu terbabit), saya tak tahu.

“Namun saya berpandangan, saya tak perlu rasa apa-apa kerana bagi saya adalah, saya cuba hendak jadi wakil kepada mereka semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas ‘walkabout’ sarapan pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Kuning, pada Selasa.

Dalam pada itu, Abdul Muhaimin turut bersikap berdolak-dalik apabila menegaskan, pendekatan berkempen beliau sepanjang tempoh PRK DUN Ayer Kuning ini adalah mahu mendekati dan merapatkan hubungan dengan pelbagai pihak.

“Saya berpandangan, saya tak perlu rasa apa-apa kerana bagi saya adalah, saya cuba hendak jadi wakil kepada mereka semua orang. Saya menyantuni sesiapa baik orang UMNO, Melayu dan bukan Melayu.

“Saya sudah buka hati saya kepada semua orang. Orang kata dekat saya pun, saya berjumpa juga, saya tak ada masalah. Saya tak suka bermusuh dengan siapa-siapa. Saya hendak ajak berkawan sahaja,” katanya.

Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan di media sosial, seorang lelaki yang mendakwa sebagai individu yang dipaparkan pada bahan kempen PN tanpa kebenaran menegaskan dia adalah ahli seumur hidup UMNO.

Ahli UMNO itu yang bernama Suhaimi Ismail menegaskan gambarnya digunakan PN tanpa kebenarannya dan laporan polis telah dibuat dua hari lalu berhubung perkara itu.

Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Temoh, semalam oleh isteri kepada ahli UMNO itu berhubung dakwaan Muhaimin menggunakan gambar seorang warga emas untuk bahan kempennya tanpa kebenaran.

Selain dakwaan ini, Abdul Muhaimin juga berdepan kontroversi berhubung dakwaan beliau menipu kelayakan akademik dalam permohonan tauliah mengajar agama di Perak.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Februari lalu.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana