Sarawak utamakan rundingan, elak pertikaian MA63 di mahkamah – Fadillah

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerajaan Sarawak akan terus mengutamakan rundingan dalam menuntut hak yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tanpa membawa perkara itu ke mahkamah, selagi ia boleh diselesaikan secara baik.

Beliau berkata, sejak mantan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem memulakan usaha tersebut, pendekatan Sarawak adalah melalui perbincangan bersama kepemimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan bagi mencapai persefahaman.

“Sehingga hari ini, pendirian kerajaan Sarawak dari segi dasarnya adalah tidak membawa tuntutan MA63 ke mahkamah.

“Kita mempunyai dua pilihan. Selagi ia dapat diselesaikan, maka kita akan terus berbincang.

“Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan menerusi perundingan di peringkat tertinggi, maka pilihan terakhir ialah merujuk kepada mahkamah,” ujar Fadillah ketika Sesi Bual Bicara Eksekutif Bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Program Jiwa Komuniti MADANI di Kuching pada Ahad.

Bagaimanapun, kata Fadillah, tuntutan tersebut bukan mencetuskan pertikaian tetapi hanya untuk pentafsiran dari segi Perlembagaan dan perundangan sedia ada.

“Jadi, kita bersetuju untuk selesaikan dengan perkara ini dengan baik tanpa perlu merujuk ke mahkamah,” ujarnya lagi.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara