Lelaki terjatuh dari jambatan disahkan meninggal dunia

KUCHING – Mayat seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Sarawak dari Jambatan Tun Salahuddin, Petra Jaya pada Jumaat lalu akhirnya berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat pada Ahad, hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Mangsa, Haffiz Abdullah Sapwan, 34, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya dijumpai di tebing sungai berhampiran kawasan Persatuan Nelayan Bintawa Kotak pada jam 12.38 tengah hari berdasarkan maklumat daripada orang awam.

Penemuan jasad itu adalah kira-kira satu kilometer ke hilir dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan terjatuh.

Menurut Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II Tan Min Chai yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, operasi SAR pada hari ketiga dimulakan seawal jam 6.30 pagi menggunakan sebuah bot penyelamat dengan teknik pencarian permukaan air.

“Lima bot dari pelbagai agensi turut digunakan dan digerakkan secara seiring dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan jatuh menuju ke kawasan baraj.

“Selain itu, dua unit dron daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga digunakan untuk memperluaskan radius pencarian,” katanya.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Jabatan Laut Wilayah Sarawak untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai BBP Padungan itu melibatkan empat anggota, dua kenderaan pacuan empat roda (Hilux), satu bot penyelamat dan satu unit EMRS.

Antara agensi lain yang turut serta dalam operasi ialah Polis Marin Wilayah 5, Polis Bintawa, Unit Dron PDRM dan APM, LSS, APM serta Sarawak Coast Guard.

Kes tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029