Fahmi hanya tanding jawatan MPP, tidak rebut jawatan Naib Presiden

TAPAH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan hanya akan bertanding bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan PKR yang dijadual berlangsung Mei ini.

Sehubungan itu, beliau yang sebelum ini berhasrat merebut jawatan Naib Presiden membatalkan niat tersebut demi pengukuhan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya tak bertanding naib presiden (PKR), saya akan bertanding MPP dan mengukuhkan badan itu sendiri. Saya lihat kita perlu MPP yang kuat kerana saya melihat kita perlu lebih kuat dari apa yang ada sekarang.

“Ini kerana kita lihat cabarannya besar, saya lihat usaha untuk memantapkan lagi organisasi, itu dan saya sedia membantu untuk memberi sumbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Bersama Komuniti (HBK) NADI Ayer Kuning di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Ayer Kuning, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan,
keputusan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pemimpin-pemimpin parti serta menilai secara mendalam keperluan semasa parti.

“Saya telah mengunjungi beberapa negeri dan berbincang dengan ramai pemimpin. Setelah meneliti keperluan dan mempertimbangkan secara mendalam, saya buat keputusan akan bertanding jawatan MPP.

“Ini penting kerana kepimpinan inilah yang akan membawa parti, bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, menuju PRU16. Saya bersedia untuk membantu serta bila tiba masa nanti saya akan turun untuk berkempen bagi jawatan MPP,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, Fahmi dilaporkan media mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan 24 Mei ini.

Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang telah bermula 11 April dan akan berlangsung sehingga 20 April.

Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) dijadualkan pada 24 Mei ini. 

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM