PRK Ayer Kuning: Calon PN terus kunci mulut isu tauliah mengajar agama

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek mengambil sikap ‘mengunci mulut’ berhubung dakwaan menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memperoleh tauliah mengajar agama.

Beliau ketika ditemui media komited menolak untuk mengulas isu melingkari dirinya berkait kontroversi memalsukan kelayakan akademik walaupun timbul persepsi negatif daripada pelbagai pihak, khususnya penduduk di Ayer Kuning.

Yang Dipertua Pas Tapah itu sebaliknya berkata, tuduhan itu hanyalah provokasi yang sengaja dicetuskan oleh pihak lawan bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap PN.

“Saya enggan ulas isu ini (tauliah), sebaliknya saya mahu rakyat bertanya apakah harapan yang boleh ditawarkan kepada mereka.

“Tak mengapa, biarlah mereka (pihak lawan) mainkan isu ini. Bila tiba masanya, insya-Allah, kita akan jawab,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Tapah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada Ahad.

Terdahulu, beberapa pihak tampil mendakwa Abdul Muhaimin memalsukan maklumat dalam permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar pengajian Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, majoriti netizen meluahkan tidak puas hati kepada Abdul Muhaimin selepas pemimpin Pas itu dikatakan sanggup melakukan penipuan selain mengharapkan agar pihak berkuasa menyiasat secara terperinci berkenaan isu tersebut.

Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Asmuni Awi juga mahu tindakan tegas tanpa kompromi diambil sekiranya dakwaan mengenai pemaksuan kelayakan akademik membabitkan Abdul Muhaimin itu benar.

Ini kerana, katanya, rakyat Ayer Kuning berhak menerima pemimpin berintegriti dan menghormati institusi negeri.

Asmuni berkata, tauliah untuk mengajar pengajian Islam di negeri ini diuruskan sepenuhnya Jabatan Mufti Perak melalui Jawatankuasa Pemantauan Pengajaran Agama Islam Perak.

Tegasnya, sebarang cubaan memalsukan maklumat dalam permohonan tauliah bukan sahaja mencemarkan imej agama, tetapi penghinaan terhadap institusi diraja dan penderhakaan terhadap kuasa Sultan Perak.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017