Sabah catat kutipan hasil lebih RM6 bilion, terus perkukuh tadbir urus kewangan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang memberangsangkan selepas merekodkan kutipan hasil melebihi RM6.8 bilion pada tahun 2024 sekali gus terus memperkukuh tadbir urus kewangan negeri ini.

Atas pencapaian itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman merakamkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan semua pihak yang terlibat dalam mencapai kutipan hasil negeri yang cemerlang.   

Menurut Musa, dalam usaha mempelbagaikan sumber hasil dan mengurangkan kebergantungan hasil negeri terhadap sumber berkaitan minyak dan gas, Kerajaan Negeri telah mengenakan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas tiga produk baharu.

“Produk berkenaan adalah pasir silika, biojisim kelapa sawit yang dibawa keluar dari Sabah serta emas dan perak yang dilombong di negeri ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena Majlis Istiadat Pembukaan Penggal kelima tahun 2025 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di DUN Sabah di sini, pada Khamis.

Jelasnya, komitmen kerajaan Sabah terus memperkukuhkan integriti dan ketelusan dalam pengurusan kewangan negeri terserlah melalui pengiktirafan Sijil Ketua Audit Negara ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sabah untuk tahun berakhir 31 Disember 2023 yang mencatatkan prestasi cemerlang tanpa teguran selama 22 tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Musa turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh tadbir urus kewangan Sabah melalui penambahbaikan prosedur dan garis panduan pengurusan kewangan seperti tatacara perolehan dan pelantikan konsesi.

“Kerajaan Negeri juga telah meluluskan garis panduan pelantikan ahli-ahli lembaga pengarah selain menetapkan kriteria khusus untuk merangka strategi serta mentransformasikan Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),” ujarnya.

Related Posts

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah akan memperhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia, khususnya di wilayah Kalimantan Utara (Kaltara) bagi memastikan keselamatan sempadan terus terjamin. Pesuruhjaya Polis Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026