Perlis tuan rumah MTHQK 2025, simbol kerjasama perkasa syiar Islam

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 di Perlis bakal menjadi simbol kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memperkasa syiar Islam dan membina masyarakat berteraskan al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, MTHQK merupakan usaha tahunan yang memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Penganjurannya secara bergilir antara negeri melambangkan komitmen bersama memperkukuh budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan harian.

“Sebanyak 109 peserta dari seluruh negara bakal menyertai pertandingan yang akan berlangsung selama enam hari bermula 27 April ini di Dewan 2020 di Kangar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran MTHQK 2025 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis hari ini.

Menurut Mohd. Na’im, acara tahun ini menyaksikan penglibatan 28 peserta tilawah dan 81 peserta hafazan, melibatkan kategori 10, 20 dan 30 juzuk, berumur antara 14 hingga 58 tahun.

“Dalam usaha mempertingkat prestij pertandingan, beberapa pembaharuan diterapkan termasuk syarat mempersembahkan empat taranum secara berturut-turut serta perubahan masa pengumuman taranum wajib kepada pukul 3 petang hari pertandingan.

“Peserta hafazan pula akan membaca sembilan hingga 10 baris dalam tempoh dua minit tanpa sebarang bantuan panduan ayat daripada hakim, sekali gus mencabar kemampuan sebenar mereka,” jelasnya.

MTHQK 2025 juga memperkenalkan peraturan baharu hasil Pindaan 2024 yang diselaraskan dengan penghakiman antarabangsa selain penggunaan sistem digital eMTHQ untuk pengurusan acara.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 April, manakala majlis penutup pada 2 Mei akan dirasmikan oleh Tuanku Raja Perlis.

Dalam perkembangan sama, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut menaja hadiah tambahan berupa satu dinar emas kepada lapan orang johan bernilai keseluruhan RM16,000 sebagai galakan kepada peserta untuk beraksi cemerlang.

Related Posts

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai