KePKAS sambut baik kehadiran 150 kru Jiangsu TV, 7 selebriti China rakam program pelancongan di Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyambut baik kedatangan 150 kru penggambaran dan tujuh selebriti terkenal dari China ke Sabah bagi menjayakan program televisyen pelancongan.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, kehadiran mereka merupakan sebahagian daripada penggambaran rancangan ‘Jiangsu TV Music & Travel Show: Bring Me To You’, yang dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka kerana aktiviti ini boleh menjadi pemangkin kepada promosi pelancongan Sabah di pasaran antarabangsa, khususnya di China.

“Kementerian akan membantu melancarkan urusan komunikasi dan logistik mereka termasuk penginapan dan pergerakan antara lokasi penggambaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Christina berkata demikian selepas menerima kunjungan wakil syarikat pelancongan tempatan Romantic Holiday Travel & Tours, yang memohon sokongan KePKAS bagi produksi rancangan tersebut.

Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Lisa Wang memaklumkan bahawa para selebriti terbabit dijadual membuat persembahan di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu pada minggu hadapan.

Selain itu, Christina turut memohon pihak berkuasa tempatan di Semporna agar memberikan bantuan sewajarnya semasa kru dan selebriti menjalankan penggambaran di daerah tersebut.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Penyelaras Eksekutif Pelancongan, Keith Ho.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak