Hasil siasatan awal insiden Putra Heights diketahui hari ini

PROSES siasatan punca kejadian di Putra Heights yang dilakukan pasukan penyiasat membabitkan pelbagai agensi, dengan hasil laporan awal akan diketahui hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perkara itu akan diperincikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang merangkumi dua aspek utama, iaitu teknikal dan kecuaian atau kesalahan jenayah.

Beliau berkata, bagi aspek teknikal, siasatan dikendalikan beberapa jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak Petronas dan badan teknikal lain manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sudut kecuaian atau kesalahan jenayah termasuk meneliti pelbagai video tular yang didakwa ada kaitan dengan kejadian itu.

Dalam masa sama, proses pemulihan kawasan terjejas juga dilaksanakan secara berperingkat selepas pemeriksaan tahap keselamatan selesai, dengan 85 rumah yang terjejas disahkan selamat dan penghuni premis terbabit dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing mulai malam tadi.

Amirudin menjelaskan, berdasarkan dapatan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebanyak 87 rumah mengalami kemusnahan menyeluruh dan tidak boleh didiami susulan insiden itu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata keputusan mengenai penempatan sementara bagi mangsa akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Isnin ini, selepas perbincangan bersama Petronas dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Saya ingat tempohnya setakat ini dari mula hingga dua minggu pertama, PPS (pusat pemindahan sementara) ialah lokasi yang sesuai untuk kita tempatkan mangsa dan kita akan tambah baik dari semasa ke semasa … ada banyak ditawarkan, sebagai contoh Airbnb menawarkan rumah untuk mangsa yang kediamannya rosak sepenuhnya (total loss) untuk duduk selama beberapa bulan,” katanya.

Perkara itu antara diperinci beliau pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersama 39 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Kejadian kebakaran besar membabitkan saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius sehingga mengubah landskap kawasan itu kepada sebuah kawah besar pada kedalaman 32 kaki berkeluasan kira-kira 70×80 kaki.

Insiden itu juga memusnahkan deretan kediaman dan harta benda dalam lingkungan radius 500 meter dari lokasi insiden.

Related Posts

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

KUALA LUMPUR – Trend peningkatan berterusan pendaftaran murid Melayu jelas dengan pendaftaran 41,133 murid Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu.   Menteri Pendidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma