Bank Negara teroka teknologi blockchain asas

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneroka potensi untuk memperkenalkan teknologi blockchain asas bagi mempertingkat sistem kewangan negara seperti Mata Wang Digital Bank Pusat, kata Gabenor, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bagaimanapun, bank pusat tidak terburu-buru melaksanakannya memandangkan fokus utama adalah mewujudkan platform sesuai bagi membolehkan ia dilakukan.

“Pada masa sama, kami mempunyai semua garis panduan dan langkah keselamatan yang sesuai untuk memastikan aspek ini akan berlaku atau berkembang,” katanya selepas pelancaran penerbitan utama BNM semalam.

Abdul Rasheed berkata demikian ketika ditanya mengenai tokenisasi bon dan sukuk, iaitu inisiatif kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Khazanah Nasional Bhd.

Jelasnya, kajian terhadap tokenisasi aset adalah sebahagian daripada usaha BNM mengekalkan kesinambungan masa depan infrastruktur kewangan utama Malaysia yang lebih cekap dan berdaya tahan.

Beliau berkata, BNM bekerjasama dengan pengawal selia global bagi inisiatif ini.

SC dan Khazanah Nasional berhasrat untuk memperkenalkan tokenisasi bon dan sukuk pada tahun ini, langkah yang bertujuan memperluas penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia.

Abdul Rasheed berkata, peranan BNM dalam inisiatif ini adalah untuk memastikan kebolehsampaian dikekalkan di samping memberikan perlindungan kepada peserta runcit dalam pasaran modal Malaysia.

Related Posts

Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

KUCHING – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan dan komitmen berterusan untuk memastikan perancangan pembangunan di negara ini dilaksanakan dengan lebih seimbang. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat