Sumbangan Aidilfitri tanda penghargaan PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaannya terhadap petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, dengan menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 250 anggota di IPD berkenaan.

Sumbangan RM50,000 itu diserahkan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri kepada petugas barisan hadapan menjaga keamanan dan keselamatan tanpa mengira waktu.

“Saya fikir antara yang membuatkan Perdana Menteri setuju untuk beri sumbangan ini, kerana menghargai jasa dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan ini.

“Hari ini sumbangan sebanyak RM50,000 menerusi peruntukan khas Perdana Menteri yang akan diagihkan kepada 250 penerima,” katanya pada Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri di IPD Putrajaya, petang semalam.

Berkongsi pesanan Perdana Menteri kepada warga IPD Putrajaya, Muhammad Kamil memaklumkan Anwar menegaskan jasa dan sumbangan petugas barisan amat bermakna kerana mengutamakan tugas tanpa mengenal erti penat serta lelah.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa – terutamanya PDRM – menjalankan tugas dengan baik dalam membasmi hal berkaitan jenayah dan mengelakkan daripada perkara yang lebih buruk,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas kerjasama dengan Iran

PUTRAJAYA – Malaysia dan Iran dalam usaha memperluas kerjasama khususnya dalam bidang infrastruktur, teknologi, telekomunikasi, pendidikan dan keterjaminan makanan.  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok