Yayasan Petronas pilih Pelangai destinasi program Memacu Kehidupan Aidilfitri

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyambut baik usaha Yayasan Petronas menghulurkan bantuan kepada 400 keluarga asnaf di negeri ini menjelang sambutan Aidilfitri.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, inisiatif itu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilihat meneruskan tradisi menyemarakkan kemeriahan lebaran, bersesuaian dengan tema program – Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulillah pada hari ini (semalam) Yayasan Petronas melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan mengagihkan bantuan berupa 400 pek perayaan kepada keluarga kurang berkemampuan di Pahang.

“Saya percaya sumbangan berupa barang makanan asas dan kuih muih ini membuktikan komitmen Yayasan Petronas yang amat luar biasa kerana memberi kegembiraan kepada keluarga asnaf menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya selepas program itu di Dewan Semai Bakti, FELDA Kemasul dekat Bentong, malam tadi.

Majlis turut dihadiri Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli dan Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohamad Shahid Ismail.

Program Memacu Kehidupan Aidilfitri – program tahunan Yayasan Petronas – memberi manfaat kepada lebih 4,850 keluarga dan 21 rumah kebajikan di seluruh negara, sekali gus membolehkan mereka merasai kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Amizar – yang juga ADUN Pelangai – mewakili kerajaan negeri menyatakan rasa terima kasih kepada Petronas kerana memilih Pahang dan kawasan Pelangai sebagai antara lokasi program itu..

“Adalah besar harapan saya dan warga Pelangai agar program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun mendatang dan memilih Pelangai sebagai lokasi persinggahan Yayasan Petronas,” katanya.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

KUCHING – Polis Sarawak menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini. Pemangku Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu