KKR Sabah lancar kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan

PUTATAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemanduan berhemah serta meminimumkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan. 

Menterinya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, pemilihan laluan Lok Kawi sebagai kempen hari ini disebabkan laluan ini agak sibuk dan kawasan yang merekodkan kemalangan yang agak tinggi di sekitar Kota Kinabalu.

“Mengikut statistik di kawasan Kota Kinabalu untuk tiga bulan pertama tahun ini, sudah direkodkan sebanyak lebih kurang 1,500 kes kemalangan dan 15 kes maut.

“Jadi ini sesuatu yang kita perlu perhatikan. Semasa musim-musim perayaan memangnya jumlah aliran trafik bertambah tinggi.

“Jadi kita mengadakan kempen keselamatan untuk menyedarkan atau mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa di musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Bulan Ramadan dan Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Daerah Putatan, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Shahelmey juga berkata, jalan raya di Sabah terutama jajaran Lebuhraya Pan Borneo, kebanyakannya masih dalam fasa pembinaan.

“Jadi dalam fasa pembinaan ada kerja-kerja pembinaan dilakukan papan-papan tanda seperti had laju supaya untuk berhati-hati, ‘barrier’ dipasangkan di kiri kanan bahu jalan.

“Jadi kita minta kerjasama pada para pengguna jalan raya untuk mematuhi dan memahami arahan papan tanda yang telah dipasang. 

“Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tapak pembinaan,” katanya.

Tambahnya, memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir Ramadan, ramai pengguna jalan raya akan pulang ke kampung halaman.

“Pada penghujung minggu ini mungkin ada ramai yang sudah memulakan perjalanan balik kampung perjalanan yang jauh. 

“Sila pastikan kenderaan yang digunakan dalam keadaan baik.

“Keadaan fizikal pemandu terutamanya dalam keadaan yang sihat. 

“Sekiranya penat, berhentilah seketika untuk merehatkan badan dan sambung perjalanan apabila merasa lebih sihat, lebih segar untuk melakukan perjalanan terutama perjalanan yang jauh,” tegasnya.

Pada program tersebut, beliau bersama Timbalan Menterinya, Datuk Robert Tawik menyampaikan edaran risalah keselamatan, bantuan topi keledar percuma dan mengingatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya semasa perayaan ini.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff