IKRAM tak pernah terima dana USAID, hanya bantu edar sumbangan pek makanan ketika COVID-19

PUTRAJAYA – Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berniat jahat dan tidak berasas kononnya menerima dana atau sebarang bentuk bantuan kewangan daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID).

Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata, tuduhan itu jelas merupakan fitnah yang bertujuan mencemarkan nama baik IKRAM selain menggugat kepercayaan masyarakat terhadap pertubuhan terbabit.

Bagaimanapun, beliau mengakui IKRAM pernah terlibat dalam membantu mengedarkan 400 pek makanan sumbangan USAID semasa pandemik COVI9-19 pada April 2020 ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“IKRAM dengan tegas menolak sebarang tohmahan dan fitnah yang tersebar di media sosial bahawa kami pernah menerima dana daripada USAID. Faktanya, kami tidak pernah menerima sebarang bantuan atau dana daripada USAID

“Bantuan makanan ini disalurkan kepada anggota masyarakat yang memerlukan akibat bencana pandemik, dan bukan untuk IKRAM atau ahlinya,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Tambahnya, penglibatan IKRAM pada ketika itu adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sosial untuk membantu golongan yang terkesan dalam menghadapi situasi genting.

Jelas Badlishah, penglibatan pertubuhan tersebut adalah secara sukarela dan tidak melibatkan sebarang bentuk kerjasama berterusan atau pertukaran dana.

“IKRAM ingin menegaskan bahawa segala aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan ini sentiasa berlandaskan prinsip kebajikan, kejujuran dan ketelusan.

“Oleh itu, kita menyeru kepada semua pihak agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita palsu atau fitnah yang disebarkan tanpa usul periksa.

“IKRAM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang cuba menimbulkan fitnah pada bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa IKRAM, ABIM dan BERSIH antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana USAID.

Beliau berkata, agensi tersebut dituduh sebagai alat Amerika Syarikat untuk menukar rejim di negara-negara asing atas nama bantuan dan pembangunan.

Pada Januari lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan membekukan sementara dana USAID sementara menunggu semakan dalaman, sekali gus memberi kesan kepada pelbagai inisiatif di seluruh dunia.

USAID merupakan antara agensi bantuan terbesar di dunia, menggaji kira-kira 10,000 orang dengan dua pertiga dairpadanya berkhidmat di luar AS.

Dana USAID itu sering ditonjolkan kononnya untuk membantu membangunkan demokrasi dan memperkukuh masyarakat sivil di seluruh dunia.

Sementara itu, Sivaraj berkata, isu mengenai dana USAID tersebut dibangkitkan kerana ia berkait dengan campur tangan kuasa asing dalam politik negara.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak