‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

AGAK sedikit mencabar, sambutan Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari terakhir hujung bulan, tetapi orang ramai masih mengambil kesempatan untuk berbeli-belah mengikut kemampuan perbelanjaan masing-masing.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati, ada keluarga yang sudah melakukan persiapan raya beberapa bulan awal bagi mengelakkan kesibukan di saat-saat akhir menjelang lebaran.

Seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata, Bernalyn Abd Basir, 34, memberitahu dia telah melakukan persiapan awal raya bersama persiapan anak-anaknya kembali ke sekolah pada Februari lalu.

Katanya, ketika ini (seminggu sebelum raya) dia dan suaminya boleh menarik nafas lega kerana barangan raya sudah dibeli secara beransur-ansur terdahulu.

“Dah sediakan awal sebab sekali dengan masuk sekolah kan, jadi kita dah beli baju raya sikit.

“Jadi sekarang untuk datang untuk persiapan baju raya kedua dan ketiga tu sikit-sikit saja. Raya pertama tu dah selesai.

“Jadi agak lega sedikitlah, cuma tambah sikit-sikit sebab hari itu kan sekali dengan sekolah jadi risau jadi lagi banyak bajet, kita keluar sikit-sikit dulu,” katanya kepada The Malaysia Press pada Jumaat.

Turut bersependapat, Zurizul Zahari, 44, berkata, keluarganya hanya berbelanja mengikut kemampuan memandangkan anak-anaknya baru sahaja memulakan sesi persekolahan penggal baharu.

“Persiapan hari raya sekarang ini ala kadar dan bersederhana sajalah dengan anak tiga orang sekolah yang hanya selang satu bulan dengan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Manakala bagi, penjawat awam, Muhammad Abd Rahim, 31 berkata, walaupun berstatus bujang, dia juga tidak melepaskan peluang untuk menyediakan persiapan buat ibu bapa serta duit raya anak-anak saudara.

“Persiapan raya saya setakat ini baik kerana saya bujang dan tiada ada masalah dari segi perbelanjaan untuk saya serta ibu bapa.

“Bagi agihan duit raya itu saya dah simpan awal untuk anak buah, untuk anak saudara semua sudah siap,” ujarnya.

Related Posts

Sindiran ‘ubi bombing’ Prabowo serlah kegagalan komunikasi krisis peringkat masyarakat serantau

KENYATAAN Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengenai usul penggunaan tepung ubi untuk memadam kebakaran hutan mencetuskan kebimbangan masyarakat serantau akibat kelemahan strategik komunikasi krisis pentadbirannya. Idea inovatif itu pada asalnya dikemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HKHM 2026: Dari nasi lemak hingga roti canai, rasa Malaysia kekal di hati

PUTRAJAYA – Kaum dan budaya bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah makanan tempatan turut menjadi antara perkara yang paling dirindui rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Menerusi tinjauan The…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak