Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

KUNAK – Pergerakan Beliawanis Bahagian Kunak tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial susulan dakwaan memfitnah ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif. 

Ketuanya, Dayang Azmirah Syakinah Datu Halun berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, kira-kira pukul 1 tengah hari pada Jumaat.

Azmirah berkata, individu atas nama Datu Bentan Alamin menerusi akaun Facebooknya memuat naik pernyataan bersifat jelek, berbaur fitnah serta berniat jahat terhadap wakil rakyat daerah terbabit. 

“Pernyataan yang dibuat memaparkan gambar Azlinah secara terang-terangan dan jelas memfitnah, memburukkan reputasi dan nama baik Azlinah sehingga mampu menimbulkan keresahan serta kesan buruk terhadap kariernya. 

“Pejabat ADUN dan Azlinah juga mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun dan yang menyokong pernyataan itu sekiranya diteruskan dan tulisan dimuat naik tidak dipadam dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat,” katanya kepada Wartawan The Malaysia Press, pada Jumaat. 

Sehubungan itu, Azmirah berharap tindakan pihaknya dapat memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak sesuka hati melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain.

“Berhati-hati dengan maklumat yang dikongsi, dalam era digital ini, maklumat mudah tersebar.

“Pastikan maklumat yang dikongsi adalah sahih dan benar,” katanya. 

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati pernyataan Bentan masih belum dipadam selain aktif mengkritik pimpinan GRS.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP