Gagal urus KFA, Sanusi perlu letak jawatan sebelum bertambah parah

KELMARIN tercatat sekali lagi sejarah bola sepak Kedah apabila tiga badan bukan kerajaan (NGO) tampil bagi membantu pemain dan jurulatih bola sepak negeri The Greatest itu kerana kegagalan KDA FC membayar gaji hampir setahun.

Ketiga-tiga NGO itu Rangkaian Anak Darul Aman Se Malaysia (RADA) , Anak Darul Aman (ADAM) dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) terpanggil dan menunjukkan soladiriti membantu pemain bola sepak Kedah yang kian kesempitan kehidupan mereka dek gaji yang tidak dilunaskan.

Hampir setahun pemain tidak menerima gaji mereka dan ini sudah pasti keadaan pemain bertambah sengsara menjelangnya Aidilfitri nanti.

Penulis terfikir di mana peranan Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang gah mengatakan pelaburan di Kedah meningkat berbilion ringgit tetapi gagal untuk membantu pasukan bola sepak negeri jelapang padi itu.

Sekurang-kurangnya wujudkanlah tabungan bagi membantu pemain Kedah sejak beberapa bulan lalu jika beliau seorang pemimpin yang mendengar denyutan nadi rakyat.

Tiba-tiba tiga NGO yang simpati dengan kehidupan pemain Kedah terpaksa pula mencari dana untuk keluarga pemain bola sepak selepas dikatakan ada yang terpaksa turun berniaga untuk persiapan raya nanti.

Akhirnya Tabung Sumbangan Aidilfitri dilancarkan bagi membantu pemain bola sepak Kedah.

Sejarah bola sepak Kedah belum lagi pernah mewujudkan tabungan untuk pemain bola sepak Kedah khususnya untuk menyambut Aidilfitri.

Selain Presiden KFA, dua bintang bola sepak Kedah yang kini menjadi Exco Sukan, Radhi Md Din dan bekas ketua bola sepak Kedah yang kini menjadi ADUN Gurun, Baddrol Bakhtiar turut dikatakan gagal membantu rakan-rakan mereka di KFA.

Apa pun inilah hikmah di sebalik apa yang terjadi, melantik pemimpin bukannya dari golongan yang bijak mentadbir dan bukannya hanya popular di atas padang sahaja.

Rakyat Kedah perlu melihat dari sudut positif dengan musibah seperti ini kerana jelas telah menampakkan kegagalan kepimpinan Kedah hari ini gagal membantu pemain bola sepak Kedah.

Ini tidak lagi memperkatakan mengenai ekonomi atau taraf hidup rakyat Kedah pada masa akan datang di bawah kepimpinan Sanusi.

Bagaimanapun sudah sampai masanya rakyat Kedah membuka mata dan menolak kepimpinan Pas.

Kini sudah sampai masanya Sanusi perlu meletak jawatan sebagai Presiden KFA yang gagal melaksanakan tugasnya dengan baik.

Sesungguhnya Sanusi tidak perlu lagi memberi pelbagai alasan dan ternyata beliau gagal meletakkan bola sepak Kedah ke mercu kejayaan seperti yang diharapkan.

Itu pun jangan beliau ada hati untuk membina stadium bola sepak setaraf pasukan JDT.

Cukup-cukuplah Sanusi rakyat Kedah dah ‘mangli’ dengan gula-gula mu.

Menyentuh keperitan pemain bola sepak yang ditanggung hari ini kadang kalanya penulis tiba-tiba merasa lucu dan kadang kalanya sedih dengan apa yang terjadi.

Penulis merasa lucu kerana sebelum ini pemain bola sepak merupakan kerjaya yang sangat digilai oleh anak kampung untuk mengubah nasib mereka.

Melalui bola sepak beberapa rakan penulis mampu ke luar dari kepompong kemiskinan dengan pendapatan yang lumayan. Setidak-tidaknya mampu mendapat pekerjaan yang tetap pada masa liga semi pro dahulu.

Ramai dalam kalangan pemain bola sepak memandu kereta mewah hasil dari pendapatan mereka sebagai pemain bola sepak bertaraf profesional.

Justeru, pada masa itu ramai rakan yang kurang berjaya dalam pelajaran mengubah nasib mereka dengan bermain bola sepak yang dijanjikan pendapatan lumayan.

Ironinya, hari ini pemain di negeri The Greatest terpaksa bersusah payah mencari pendapatan lain bagi persiapan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Memang lucu dalam sedih!

Setiap kali menjelangnya Aidilfitri penulis masih teringat lagi golongan pesawah dan penorehlah yang akan sering meminta bantuan bagi menyambut hari yang mulia nanti.

Penulis terpanggil untuk membuat liputan dengan kesusahan yang dialami oleh golongan berkenaan malah turut tergores perasaan dengan kesusahan yang dialami mereka untuk menyambut raya nanti.

Bagaimanapun pada tahun ini sudah terbalik kuang bab orang Kedah kata kerana golongan ini sudah terdiam dan tiada suara lagi yang memohon bantuan.

Mungkin inilah kesan dari kebijaksanaan Perdana Menteri kita berjaya menaikkan taraf hidup kedua-dua golongan itu hari ini.

Harga padi pun sudah dinaikkan kepada RM1,500 per tan dan harga getah pula mencecah RM4 hingga RM5 sekilogram hari ini.

Kedua-dua golongan ini sudah mampu tersenyum bagi menyambut Aidilfitri nanti dan sudah tidak ‘menjerit’ meminta bantuan .

Apa pun syabas dan tahniah buat PMX yang berjaya menaikkan taraf hidup petani dan penoreh hari ini yang kebanyakannya terdiri daripada bangsa Melayu.

Oleh itu sudah sampai masanya pengundi di Kedah berhijrah untuk menjadikan Kedah sebagai negeri maju pada masa akan datang dan bukannya hanya memilih pemimpin sebagai maharaja lawak atau penglipulara sahaja.

Related Posts

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

KELMARIN, rakyat Kedah khususnya peminat sukan permotoran dikejutkan dengan berita seorang pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pecah amanah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan projek Litar Lumba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

KADAR penyalahgunaan dadah di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis terus membimbangkan apabila semuanya jauh melebihi kadar nasional bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah