STR 2 mula disalur Isnin

PUTRAJAYA – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan kepada hampir sembilan juta penerima yang layak bermula Isnin depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, meningkat berbanding RM1.5 bilion pada tahun lalu.

“Sebanyak 60 peratus rakyat dewasa Malaysia bakal menerima bantuan sehingga RM650,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa penerima sedia ada dan baharu yang berdaftar dalam pangkalan data rasmi akan menerima pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Kerajaan kekal peka terhadap keperluan rakyat dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkatan peruntukan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar kerajaan untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” jelas Anwar.

  • Related Posts

    Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

    KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

    KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

    Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

    Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

    Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

    Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

    Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

    Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

    Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

    Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

    Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

    Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

    Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini