MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari kapal, pelabuhan

PUTRAJAYA – Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau dari Perkapalan dan Pelabuhan sedang dirangka secara holistik oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi memperkukuhkan usaha menyahkarbon sektor maritim.

MOT menegaskan, pelan tindakan terbabit akan menggariskan langkah jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan pematuhan kepada sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Jelas Kementerian itu, pihaknya turut bekerjasama dengan Kerajaan Australia melalui Perkongsian untuk Infrastruktur (P4I) bagi membangunkan rangka kerja peraturan komprehensif yang menyokong pengisian bahan bakar hijau.

“Inisiatif ini bukan saja akan memperkukuhkan daya saing Malaysia dalam industri maritim global tetapi juga meningkatkan reputasi negara sebagai hab maritim yang mampan.

“Dengan memanfaatkan kepakaran dan teknologi canggih dari Australia, Malaysia berpotensi menjadi peneraju dalam amalan maritim hijau, sekali gus memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” katanya dalam jawapan lisan Dewan Negara yang dikeluarkan dalam laman sesawang rasmi Parlimen, pada Khamis.

Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Rita Sarimah Patrick Insol mengenai dasar dan peraturan berkaitan penyahkarbonan bagi industri perkapalan di Malaysia serta kedudukan pelepasan karbon industri tersebut di Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Mengulas lanjut, MOT berkata, tiada sebarang data spesifik yang tersedia untuk mengetahui kedudukan pelepasan karbon dalam industri perkapalan Malaysia berbanding negara-negara di Asia Tenggara.

“Namun secara keseluruhan, negara-negara di Asia menyumbang lebih 58 peratus pelepasan CO2 global pada 2022, sekali gus mencerminkan tahap cabaran yang dihadapi dalam mengurangkan pelepasan karbon di rantau itu.

“Malaysia terus komited bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa dalam usaha membangunkan dasar serta teknologi yang menyokong peralihan kepada industri perkapalan rendah karbon,” katanya.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng