PRK DUN Ayer Kuning: Media perlu lapor berita berlandas etika kewartawanan – SPR

IPOH – Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada April depan, media diminta membantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaporkan perjalanan sepanjang PRK tersebut berlangsung berlandaskan etika kewartawanan.

Ketua Komunikasi Korporat SPR, Abdul Haidir Mohd Sukor berkata, selain membantu SPR menyampaikan maklumat dan pengumuman kepada masyarakat, peranan media juga adalah membantu mewujudkan persekitaran pilihan raya yang harmoni berasaskan maklumat yang betul dan tepat.

“Peranan media penting kerana selain membantu SPR menyampaikan maklumat kepada masyarakat, penulisan kita juga mampu membantu mewujudkan persekitaran pilihan raya yang harmorni.

“Memberi ruang liputan yang saksama kepada semua calon yang bakal bertanding.Elakkan pelaporan yang berunsur fitnah, kecaman dan hasutan kepada mana-mana pihak berlandaskan etika kewartawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Taklimat Ke arah Persediaan Menghadapi PRK DUN N.48 Ayer Kuning kepada para petugas media bagi negeri Perak bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat SPR Negeri Perak, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Program Akademi Pilihan Raya SPR, Kamarul Azman Ahmad Sabri dan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Perak, Shahreen Alias.

Sementara itu, Kamarul Azman berkata, pada PRK DUN Ayer Kuning, menyaksikan seramai 31,897 jumlah pengundi keseluruhan yang layak mengundi.

Jelasnya, mengikut pecahan pengundi, jumlah pemilih biasa adalah seramai 31,315 orang manakala jumlah pengundi awal termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan berjumlah 582 orang.

“Daripada jumlah keseluruhan 31,897 tersebut, pecahan jantina adalah 15,917 orang pengundi lelaki manakala pengundi perempuan (15,980),” ujarnya.

Tambah beliau lagi, jumlah pengundi mengikut usia pula,bermula 18 sehingga 20 tahun (1,601); 21-29 (5753); 30-31 (7173); 40-49 (5924); 50-59 (4482); 60-69 (3830); 70-79 (2211); 80-89 (768) dan 90 tahun ke atas (159).

“Jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM) pula berjumlah 21 manakala jumlah tempat mengundi sebanyak 66,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK tersebut perlu diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, meninggal dunia pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara