Jangan jadikan pelajar kandungan media sosial

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, meminta golongan pendidik supaya tidak menjadikan pelajar – terutama murid sekolah rendah – sebagai bahan kandungan dalam laman media sosial masing-masing.

Beliau berkata, ini kerana kandungan sedemikian boleh disalah guna individu tidak bertanggungjawab, termasuk bagi tujuan jenayah seksual kanak-kanak.

“Sekiranya guru itu adalah seorang pempengaruh, carilah kandungan lain, kerana akan timbul beberapa isu terhadap keselamatan, data peribadi dan sebagainya jika mendedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka.

“Ia mungkin membolehkan kanak-kanak itu menjadi mangsa jenayah seksual, pengantunan kanak-kanak atau pengantunan seksual… kita nak mengelak jenayah dan masalah ini berlaku.

“Jadi, guru jangan benarkan imej pelajar mereka dimasukkan dalam media sosial,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam perkara berkenaan dan menjadikan ia fokus utama untuk memastikan internet selamat digunakan.

“Kementerian menyediakan internet di semua sekolah. Ada kira-kira 4,000 sekolah disasarkan untuk projek titik kehadiran… apa guna ada internet murah, laju dan meluas tetapi tidak digunakan dengan selamat.

“Kita mahu ia selamat digunakan, terutama bagi kanak-kanak dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata, Kempen Jelajah Internet Selamat dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional, serta dirancang membabitkan 10,000 sekolah seluruh negara yang dijangka bermula dengan sekolah di sekitar Lembah Klang selepas Aidilfitri nanti.

Related Posts

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

KUALA LUMPUR — Kerajaan memandang serius kegiatan kecurian kabel, khususnya yang dipercayai didalangi sindiket, susulan kes berulang yang menjejaskan operasi pengangkutan awam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka tindakan jangka panjang bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi perubahan struktur demografi apabila negara dijangka menjadi negara sangat tua menjelang 2060.  Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM