Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan berkata, ia selaras perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas diperkenankan Raja-Raja.

Menurut kenyataan tersebut, tarikh awal Syawal akan diumumkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang Ahad.

“Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan berdasarkan rukyah dan hisab.

“Jawatankuasa berkenaan diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut di 29 tempat,” katanya.

Sebanyak 29 lokasi cerapan anak bulan ditetapkan iaitu Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka; Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan.

Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu pula, Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Bukit Geliga, Pulau Perhentian dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) manakala di Kelantan di Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Menara Bangunan SEDC serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh di Kelantan.

Selain itu, Pusat Falak Miri dan Bintulu serta Teluk Bandung di Sarawak.

Lokasi lain termasuk Menara 188 Kuantan, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong dan Gunung Berincang di Pahang; Balai Cerap Al-Biruni serta Menara Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah dan Menara Kuala Lumpur, selain Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis.

Related Posts

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

PENETAPAN 50 ekar di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu menjadi langkah penting melindungi kepentingan Bumiputera di kawasan bandar bernilai tinggi. Belanjawan 2027 diharap meneruskan usaha itu dengan sokongan pelaksanaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah