PM minta henti tindakan bertentangan semangat perpaduan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya sebarang tindakan berkait insiden seorang pemuda bukan Islam yang ditampar kerana makan di khalayak ramai baru-baru ini perlu dihentikan semata-mata kerana bertentangan dengan semangat perpaduan.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri memberi pesanan dan teguran di mana sebarang tindakan seperti itu seumpama dengannya juga bertentangan dengan keharmonian negara.

“Apa gunanya kita bicara soal Islam serta keindahannya terutama di bulan Ramadan sekiranya ia tidak membina kekuatan dalaman dan menjauhkan kita dari sikap yang bengis dan mengancam keamanan dan kerukunan.

“Perdana Menteri juga percaya isu yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan bangsa ini boleh dielak jika semua pihak patuh dan komited mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain bagi membina sebuah negara yang bertamadun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Anwar Ibrahim dan PMO.

Dalam perkembangan berlainan, Perdana Menteri turut mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang berterusan cuba menabur fitnah terhadap beliau.

Menurutnya, Perdana Menteri berkata, bagaimanapun pihaknya akan terus memantau rapat agar ia tidak akan sesekali menggugat dan melemahkan semangat dalam menjamin kesejahteraan pada negara dan rakyat keseluruhannya.

“Beberapa hari ini juga meski di bulan Ramadan terdapat usaha berterusan ataupun usaha yang giat beberapa pihak yang terus komited menabur fitnah tanpa henti kepada beliau dengan berbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang.

“Ini menunjukkan keterdesakan pihak-pihak ini untuk cuba mempengaruhi minda masyarakat serta kontangnya idea mereka dalam usaha membangun negara memanjangkan fitnah terutama di bulan Ramadan merupakan serendah-rendah akhlak dan ditegah keras oleh Islam,” ujarnya.

Related Posts

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk