PRK DUN Ayer Kuning: Buat pilihan tepat supaya kebajikan rakyat dapat diteruskan

BIARPUN hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning masih berbaki sebulan lebih sahaja, bahkan nama-nama calon juga belum diumumkan, namun kesemua parti yang bakal bertanding, masing-masing sudah memulakan persiapan dan persediaan awal sebelum menjelang hari pengundian pada 26 April nanti.

Barisan Nasional (BN) antara parti yang sudah berkampung awal di kawasan berkenaan kerana objektif utama mereka mahu mengekalkan kemenangan dalam PRK kali ini yang sememangnya ‘kubu’ sejak dahulu lagi.

Justeru, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta, agar masyarakat atau para pengundi di kawasan DUN Ayer Kuning memilih calon yang tepat dan memperjuangkan soal kebajikan rakyat pada PRK ini.

Ujarnya, jangan mengundi kerana fitnah dan ada racun kebencian dalam ucapan sebaliknya pilihlah calon wakil rakyat yang baik serta boleh menjadi wakil rakyat dalam kerusi kerajaan bagi meneruskan kebajikan demi rakyat di DUN Ayer Kuning.

“Saya sarankan supaya masyarakat (DUN Ayer Kuning) tidak termakan dengan sebarang ucapan yang berunsur kepada fitnah dan kebencian.

“Pilih calon yang tepat dan memperjuangkan soal kebajikan rakyat pada PRK nanti. Saya sendiri ingatkan diri saya, bahawa sebagai Menteri Besar Perak, saya adalah kepala perang dalam pilihan raya ini. Saya ingatkan diri sendiri jangan buat fitnah,” katanya.

Beliau ditemui dalam Program Dari Mata Turun ke Hati-Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cakna Komuniti di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad, Tapah.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed serta Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Mengulas lanjut, beliau amat berharap para pengundi dapat membuat pilihan yang tepat pada hari pengundian nanti agar calon yang dipilih dapat meneruskan khidmat bakti penyandang kerusi itu sebelum ini, Allahyarham Ishsam Shahruddin.

Menurut beliau, selain mementingkan kebajikan rakyat, ketika hayat Ishsam telah membuat enam permohonan berkaitan pembinaan masjid dan surau di DUN berkenaan yang menelan belanja RM1 juta, dan ia telah diluluskan kerajaan negeri.

“Kalau silap pilih orang hanya maki Menteri Besar, dia pilih wakil rakyat yang maki Menteri Besar, dapat apa? Menteri Besar pun manusia.

“Walaupun belum umum calon lagi, nanti pilih calon wakil rakyat yang baik. Saya perlukan wakil rakyat yang duduk dalam kerajaan dan dapat terus berbuat kebajikan demi rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu pada majlis, Saarani menyampaikan sumbanganan kerajaan negeri bernilai RM245,000 bagi menaiktaraf lapan premis pertubuhan dan rumah kebajikan di negeri ini.

Beliau juga turut menyempurnakan penyampaian sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SKM berjumlah RM6,000 bagi membiayai kos operasi enam Maahad dan pertubuhan di negeri ini.

Pada majlis sama, Saarani turut menyaksikan penyampaian bakul makanan SKM kepada 50 penerima di DUN Ayer Kuning.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

Untuk rekod, Allahyarham Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 itu memenangi DUN berkenaan dalam saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dengan meraih 9,088 undi dan majoriti 2,213 undi.

Related Posts

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

KOTA SAMARAHAN – Seramai 279 warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan wakil agensi berkaitan menyertai Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026 serta Kursus Prapersaraan 2026 yang memberi tumpuan kepada aspek kesejahteraan warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas