Masjid, surau seliaan JAKIM, JAWI diarah buat solat hajat untuk Palestin

PUTRAJAYA – Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang baki Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im berkata, seruan solat hajat tersebut sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap saudara di Palestin susulan tindakan kejam rejim Israel yang berterusan mengingkari perjanjian gencatan senjata.

Menurutnya, Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Israel yang terus mengingkari perjanjian gencatan senjata dan melakukan serangan tanpa perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Pembunuhan 404 nyawa yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak, 562 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, adalah jenayah perang yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Umat Islam di seluruh negara diseru untuk bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas,” katanya dalam satu kenaytaaan 

Mohd Na’im berkata, Malaysia kekal teguh dalam pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman ini.

“Kami juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi

menghentikan keganasan rejim Israel serta memastikan keadilan bagi rakyat Palestin,” katanya.

Sabtu lalu, lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terkorban dalam serangan rejim Israel di Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, serangan tersebut berlaku pada jam 1:30 petang Sabtu waktu Gaza ketika para petugas sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat genosid berterusan oleh rejim.

“Serangan ini disifatkan sebagai jenayah perang yang sangat keji dan tidak berperikemanusiaan, MAPIM mengecam sekeras-kerasnya dua serangan udara kejam oleh rejim Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, pada hari Sabtu, 15 Mac, yang telah meragut nyawa lapan petugas lapangan MAPIM. 

“Tindakan menyerang orang awam yang sedang menjalankan tugas kemanusiaan adalah jenayah paling keji dan terkutuk. MAPIM mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang ini dan menyeru rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Related Posts

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ. Bagaimanapun, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September