Mahkamah lepas tanpa bebas warga emas tampar pemuda bukan Islam

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) warga emas yang tular menampar seorang pemuda ‘tidak berpuasa’, Ahad lalu.

Majistret A Shaarmini membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, memaklumkan beliau mendapat arahan merujuk semula kertas siasatan kes ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Nur Fatihah memaklumkan, beliau baharu menerima arahan itu daripada AGC.

Terdahulu, kes itu sempat menjalani prosiding apabila Orang Kena Saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.

Abdul Razak didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda berusia 21 tahun di premis kedai serbaneka di sebuah pusat beli-belah di sekitar bandaraya ini, jam 3.45 petang, Ahad lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku apabila OKS bertindak menampar pipi kanan mangsa.

Pegawai kesihatan yang memeriksa mangsa mengesahkan dia mengalami lebam di pipi kanannya.

Bagaimanapun, OKS kemudian menyatakan beberapa fakta dibacakan adalah tidak tepat.

“Masa tak betul. Saya tampar tapi tak sampai lebam,” katanya.

Namun apabila Majistret bertanya semula kepada OKS sama ada dia mahu dibicarakan, OKS berkata dia tetap mengaku bersalah walaupun tidak bersetuju dengan fakta kes dibacakan.

Ia menyebabkan Majistret menolak pengakuan bersalah dibuat OKS.

Bagaimanapun, ketika Timbalan Pendakwa Raya sedang berhujah untuk menetapkan jaminan tertuduh, beliau memaklumkan mendapat arahan terbaharu dari AGC untuk mengklasifikasikan kes itu sebagai DNAA.

Majistret kemudian bertanya sama ada kes akan dituduh semula, sebelum Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah, kes akan dituduh semula selepas AGC di Putrajaya meneliti semula kertas siasatan.

Related Posts

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk