KepKAS akan bertemu AirAsia, bincang 5 penerbangan dihentikan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancong Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KepKAS) akan mengadakan pertemuan dengan pihak AirAsia susulan penghentian lima penerbangan antarabangsa ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, pertemuan bersama pihak tertinggi AirAsia dalam masa dua hari itu mengenai penamatan penerbangan langsung dari Kaohsiung, Kunming, Ningbo, Wuhan dan Manado.

“Saya ingin mendengar penjelasan syarikat penerbangan itu secara peribadi dan saya ingin tahu mengapa mereka melakukan perkara tersebut (menghentikan penerbangan ke Sabah),” katanya kepada media selepas merasmikan Acara ‘Toursim Malaysia Networking and Sungkai Reception 2025’, di Hotel Hilton, di sini, pada Ahad.

Christina berkata, KepKAS juga kini fokus mencapai sasaran 3.5 juta pelancong ke Sabah termasuk dari China dan India selain Rusia dan negara-negara eropah lain.

Terdahulu semasa ucapan perasmiannya, Christina menyatakan Sabah menerima 3.14 juta pelancong pada tahun 2024, melebihi sasaran yang melonjakkan pendapatan sektor pelancongan sebanyak RM7.28 bilion hasil kejayaan kerjasama dengan syarikat penerbangan.

“Komitmen kami untuk meningkatkan perhubungan kerjasama dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia dan ‘Royal Brunei Airlines’ mencipta kaedah baharu bagi perjalanan penerbangan secara langsung dengan transit.

“Seiring sasaran pelancongan tahun 2025, AirAsia juga berkomitmen membawa lima juta penumpang ke Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“KepKas juga komited menyelaraskan strategi ‘Culture, Adventure and Nature’ (CAN) yang menonjolkan intipati utama Sabah sebagai destinasi pelancongan penting dengan inisiatif masa depan termasuk memperkukuhkan pelancongan mampan, meningkatkan infrastruktur pelancongan dan memperkasakan ‘Community based-Tourism’ (CoBT),” katanya.

Jelas Christina, dalam mencapai objektif itu, sokongan berterusan daripada kerajaan Persekutuan adalah sangat penting dalam meningkatkan inisiatif pelancongan.

“Kami amat berterima kasih atas pelbagai geran serta insentif yang telah memainkan peranan penting dalam mengekalkan daya saing sektor ini.

“Ini termasuk Geran Galakan Melancong (GAMELAN), Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), Geran Sektor Penerbangan dan Carter (GSPC), serta Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang menyumbang kepada pengukuhan pelancongan domestik dan antarabangsa di Sabah,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy dan Pembantu Menteri KepKAS, Datuk Joniston Bangkuai.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak