Hanifah santuni warga Mukah, semarakkan semangat Ramadan

KUCHING – CATS FM mengadakan program penagihan bubur lambuk dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Pusat Khidmat Mukah di Menara Jam Mukah dan Bazar Ramadan Mukah bermula seawal 4 petang.

Dalam majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, beliau turut mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk CATS kepada penduduk di sekitar Mukah. 

Selain program pengagihan bubur lambuk, Hanifah turut menyantuni sekitar 300 warga Mukah termasuk anak-anak yatim dalam satu majlis khas di Masjid Setia Raja Mukah.

Sebanyak 50 Bakul Rezeki disumbangkan oleh beliau manakala 50 sampul Duit Raya diberikan oleh CATS FM kepada anak-anak yatim sebagai tanda keprihatinan menjelang Aidilfitri.

“Sumbangan yang diberikan diharapkan dapat meringankan beban golongan anak-anak yatim dalam persiapan menyambut Aidilfitri sekali gus mengukir senyuman di wajah mereka,” ujar beliau.

Selain itu, Hanifah juga berharap program seperti ini juga mengeratkan hubungan antara penduduk Mukah yang menjadi lebih harmoni dan saling membantu.

Sementara itu, Pengurus Program CATS FM Mohamad Fadzli Daud @ Fuzz berkata, program ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan dengan menghulurkan juadah untuk berbuka puasa kepada penduduk setempat.

“Ramadan adalah bulan berkongsi rezeki. Dengan adanya program seperti ini, kita dapat bersama-sama membantu golongan yang memerlukan serta memupuk semangat muafakat dalam kalangan penduduk Mukah,” katanya.

Turut hadir Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said, dan Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd (CATS FM), Mohd Iskandar Nawawi.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak