767 peneroka LKTNS Wilayah Timur terima tabungan pendapatan lebih RM600,000

TAWAU – Seramai 767 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Wilayah Timur terlibat dalam penerimaan pendapatan bagi tahun lepas dengan jumlah sebanyak RM627,016.02 tabungan peneroka yang diagihkan awal tahun ini.

Pengurus Besar LKTNS, Syaheddrul R Joddari berkata, jumlah keseluruhan dividen bagi tahun lalu adalah sebanyak lebih RM12.5 juta.

“Purata pendapatan peneroka adalah RM1,367.57 sebulan dan menunjukkan trend menuju sasaran RM1,500.

“Seramai 254 peneroka Balung dan Apas menerima pendapatan lebih RM4 juta dan dari jumlah itu, lebih RM60,000 adalah tabungan manakala purata pendapatan lebih RM1,300,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Pendapatan kepada peneroka-peneroka Wilayah Timur 2025 di Masjid Nur Taqwa Batu 17, Apas Balung, pada Isnin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui dan Pengerusi LKTNS, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin.

Sementara itu, ADUN Balung, Datuk Hamild Awang berkata, agihan tabungan ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar gembira kepada peneroka yang layak menerima.

“Saya berharap agar para peneroka terus berusaha dan menyokong segala usaha yang dilaksanakan LKTNS dalam meningkatkan pendapatan peneroka.

“Keputusan LKTNS untuk menyelesaikan agihan tabungan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja akan memberikan kelegaan tetapi juga meningkatkan keyakinan para peneroka terhadap LKTNS,” ujarnya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak