PRK DUN Ayer Kuning: Pas arah Razman jaga PDM sahaja?

NAIB Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, menyatakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Razman Zakaria hanya akan ditugaskan menjaga salah satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) sahaja pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.

Beliau yang ditemui selepas Pelancaran Jentera PN PRK DUN Ayer Kuning di Padang Awam Tapah Road pada Sabtu, turut enggan mengulas lanjut berkenaan laporan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu yang dikatakan telah direhatkan daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak.

“Razman ditugaskan untuk mengetuai gerak kerja jentera PN di salah satu kawasan PDM pada PRK DUN Ayer Kuning nanti.

“Bukan beliau sahaja, kesemua 26 wakil rakyat (PN), termasuk Ahli Parlimen, akan menjaga setiap PDM,” katanya.

Malah, pada pelancaran yang dirasmikan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu, tidak terlihat kelibat Razman turut bersama.

Dakwa Idris, Razman yang juga merupakan Ketua Pembangkang DUN Perak ketika ini berada di Makkah.

Tidak pasti sejauh mana kesahihan keberadaan beliau, namun ketika menjengah di laman Facebook miliknya, Razman ada berkongsi secara ‘live’ majlis pelancaran dan bergambar bersama seorang ustaz yang menjadi imam di sebuah masjid di kawasan beliau yang dimuat naik 12 jam lalu.

Bahkan beliau juga banyak berkongsi aktivitinya bersama masyarakat di kawasannya dalam waktu terdekat ini. Wallahulam..

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa Razman yang terkenal dengan kelantangan bersuara, telah direhatkan daripada tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Keputusan itu dibuat oleh kepimpinan Pas Pusat susulan beberapa isu yang melibatkan pemimpin itu termasuk yang terbaharu, mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).

Tugas Pesuruhjaya Pas negeri kini dipangku oleh Naib Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Malah, apabila ditanya kesahihan isu ‘Razman direhatkan’, Idris hanya mampu mengukir senyuman dan mengunci mulut.

Nampaknya, Razman sudah ‘diturunkan pangkat’ oleh Pas?

Dia betul-betul direhatkan sepenuhnya biarpun sebelum ini, dialah antara panglima perang taruhan Pas.

Terlajak perahu boleh diundur.. Terlajak kata? …direhatkan dulu…

Pada PRK DUN Ayer Kuning, Bersatu telah sebulat suara memberi laluan kepada parti bersekutunya Pas untuk bertanding mewakili PN.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), calon PN, Muhammad Noor Farid Zainal, meraih undi sebanyak 6,812 undi.

Beliau tewas dalam saingan lima penjuru dan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional, Ishsam Shahruddin (9,088).

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam yang meninggal dunia pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat