Utamakan pembangunan, kurangkan berpolitik – ADUN Krian

SARATOK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, menegaskan tumpuan utama beliau selepas Pilihan Raya Negeri 2021 adalah memastikan agenda pembangunan berjalan lancar di kawasan tersebut.

Menurut beliau, Krian telah ketinggalan lebih 10 tahun dalam aspek pembangunan, dan usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengejar ketinggalan ini.

“Agenda pembangunan harus menjadi keutamaan dan bukannya aktiviti berpolitik. Kita perlu memastikan proses pembangunan berjalan lancar untuk manfaat semua rakyat,” katanya dalam Program Santai YB Nemuai Ngagai Rakyat yang berlangsung di Rumah Maling Babang, pada Sabtu. 

Tambahnya lagi, rakyat perlu bekerjasama dengan kerajaan, kerana hanya kerajaan melalui agensinya sahaja yang mampu merealisasikan projek pembangunan yang dirancang. 

“Semua pihak diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan pembangunan di Krian dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa gangguan politik,” katanya lagi.

Sebagai contoh, beliau memaklumkan bahawa projek di bawah Betong Divison Development Agency (BDDA) untuk menaik taraf jalan dari Babang ke Simpang Pangka telah diluluskan dan kini menunggu proses tender melalui peruntukan beliau.

Pada masa yang sama, Friday Belik mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk projek menaik taraf Rumah Panjang Maling. 

Beliau berharap projek ini dapat memberi manfaat kepada semua penghuni rumah panjang tersebut.

Program yang turut dihadiri oleh para penghulu, tuai rumah, dan kaunselor itu menjadi platform untuk rakyat menyuarakan pandangan serta permasalahan mereka secara langsung kepada wakil rakyat. 

Interaksi seperti ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh beliau untuk rakyat di kawasan Krian.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat