Ops Tiris 3.0: KPDN tumpaskan aktiviti seleweng minyak masak subsidi

KAJANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi selepas menyerbu sebuah premis di Taman Semenyih Jaya, menerusi Ops Tiris 3.0, membabitkan nilai keseluruhan RM40,000, pada 6 Mac lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya bermula jam 4 petang 6 Mac lalu adalah hasil risikan tiga bulan sebelum operasi dilancarkan.

Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas lokasi serbuan mendapati premis itu milik syarikat pembinaan dan dijadikan stor haram untuk menjalankan aktiviti pemindahan minyak masak bersubsidi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis itu dijadikan tempat untuk memotong bungkusan minyak masak peket bersubsidi 1 kilogram (kg) sebelum dipindahkan ke dalam tangki IBC dipercayai untuk dijual semula kepada pihak industri.

“Dalam operasi ini, pasukan serbuan menemukan empat unit tangki IBC yang mengandungi minyak masak, kotak serta plastik minyak masak peket yang telah dipotong,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, semua minyak masak sebanyak 4,168kg dan beberapa peralatan yang digunakan untuk kegiatan itu telah disita untuk tujuan siasatan lanjut selain menahan enam individu, membabitkan seorang  lelaki warga tempatan dan lima warga asing berusia 30-an yang juga pekerja di premis tersebut.

Tegasnya, kertas siasatan telah dibuka dan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] iaitu memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

“Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 20010) [Akta 613].

“KPDN menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat.

“Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah pelaksanaan Ops Tiris 3.0 bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 28 Februari 2025 bagi komoditi minyak masak, sebanyak 94 kes dihasilkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 104,447kg minyak masak bernilai RM109,000 dirampas,” katanya

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak