Kenapa ada perbezaan kompaun kes ERA FM & Harith Iskander, Cecilia Yap?

PUTRAJAYA – Harith Iskander dan Cecelia Yap yang masing-masing dikompaun RM10,000 sahaja atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam berbanding pengendali ERA FM yang dikompaun RM250,000, adalah berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta.

Menerusi soalan lazim pertimbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan yang diambil dalam kes tular sebelum ini yang melibatkan isu raja, agama dan kaum (3R), kedua-dua kes tersebut diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025, di mana denda maksimum adalah RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, di bawah pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, hukuman denda maksimum adalah RM500,000 dan penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, bagi kes yang melibatkan stesen radio, ERA FM, satu kertas siasatan telah dibuka oleh MCMC berdasarkan aduan yang diterima di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap satu kandungan video yang didakwa menghina agama Hindu.

“Hasil siasatan mendapati kandungan video tersebut telah dimuat naik di platform rasmi Tik Tok ‘era.je’ yang dioperasikan oleh Maestra Broadcast Sdn Bhd. Dalam perihal ini, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan agar syarikat tersebut dikenakan kompaun.

“Pihak Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dinasihatkan untuk memastikan kawalan kandungan yang ketat, pematuhan kepada garis panduan kandungan, dan latihan berterusan kepada kakitangan untuk mengelakkan pelanggaran undang-undang.

“Setelah mengambil kira bahawa kandungan tersebut melibatkan isu kepentingan awam yang telah mewujudkan ketidaktenteraman antara kaum dan agama, kompaun sebanyak RM250,000 telah ditetapkan terhadap syarikat berkenaan,” katanya.

Untuk makluman, di bawah pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, hukuman denda maksimum adalah RM500,000 dan penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya
sekali

Bagaimanapun, berhubung isu notis penggantungan lesen, setelah mempertimbangkan pelbagai faktor serta penghujahan bertulis yang dikemukakan oleh Maestra Broadcast Sdn Bhd, lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd tidak digantung.

“Ia kerana terdapat tindakan pembetulan segera yang telah dilakukan oleh pemegang lesen seperti permohonan maaf rasmi secara terbuka, dan kesan kepada stesen radio lain di bawah lesen yang sama, iaitu Melody FM dan Mix FM,” tambahnya.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kompaun RM250,000 dikenakan terhadap Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd adalah dengan izin Timbalan Pendakwa Raya berpandukan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang berkuat kuasa 11 Februari lalu.

Fahmi dalam ciapan melalui X berkata, pindaan Akta 588 antara lain memperuntukkan denda maksimum RM500,000.

“Bukan ERA FM (yang dikompaun) tetapi Maestra Broadcast Network Systems (MBNS) Sdn Bhd, iaitu pemegang lesen (yang dikeluarkan oleh) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), yang dikompaun.

“MBNS bukan individu tapi sebuah anak syarikat milik Astro yang mempunyai keuntungan substantif,” katanya.

Beliau membalas ciapan pengguna akaun laman X dikenali sebagai @Solisidtor yang inginkan kepastian mengapa pelawak, Harith Iskander, dan seorang wanita, Cecelia Yap, dikompaun RM10,000 gara-gara memuat naik kandungan dan komen jelik membabitkan agama walhal Era FM dikompaun RM250,000.

Fahmi menjelaskan bahawa kompaun RM10,000 dikenakan terhadap Harith dan Cecelia antara lain kerana kesalahan berlaku sebelum pindaan akta pada 11 Februari lalu, iaitu denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit