Kelab Skuad Menyelam Sabah gesa pihak berkuasa ambil tindakan penyelam tidak beretika

KOTA KINABALU – Kelab Skuad Menyelam Sabah menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penyelam tidak beretika menerusi video tular Facebook yang memaparkan aksi sedang menahan penyu dan jerung paus berhampiran Pulau Manukan.

Presiden Kelab Skuad Menyelam Sabah (Kelab Menyelam Deus), Sim Fui berkata, pihaknya mengecam keras tindakan tersebut kerana ia adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang pemuliharaan marin serta piawaian etika menyelam.

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh, mengenal pasti mereka yang terlibat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang perlu.

“Selain itu, kami menyeru semua penyelam, pengendali selam dan pelawat untuk mematuhi amalan menyelam yang bertanggungjawab dan melaporkan sebarang pelanggaran yang mengancam biodiversiti marin,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Beliau berkata, sebagai komuniti menyelam yang bertanggungjawab, mereka berpegang teguh pada prinsip perlindungan marin.

Jelasnya, mengganggu, menyentuh atau menghalang haiwan marin terutama spesies yang dilindungi seperti penyu laut dan jerung paus bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi juga berbahaya kepada kesejahteraan hidupan tersebut.

Kata Sim, perairan Sabah adalah satu keistimewaan untuk dinikmati, bukan taman permainan untuk melakukan tindakan yang tidak beretika.

Tegasnya, Kelab Skuad Menyelam Sabah kekal komited untuk memperjuangkan selam beretika dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, kumpulan pemuliharaan dan komuniti selam untuk melindungi dan memelihara warisan marin.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam