Jaringan Suphanat sekat kemaraan JDT

IMPIAN Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit tidak kesampaian apabila tunduk 1-0 di tangan Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Selepas seri tanpa jaringan pada pusingan 16 terakhir di Thailand minggu lalu, skuad Thunder Castle tidak mengendahkan gegak gempita sorakan penyokong Harimau Selatan sekali gus menyaksikan kekalahan pertama skuad kendalian Hector Bidoglio dalam pertandingan kelab Asia di halaman sendiri.

Gol tunggal kemenangan Buriram hadir pada minit ke-58 menerusi pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta,lapor Berita Harian.

Ia bermakna Buriram mara ke peringkat suku akhir di Arab Saudi 1-0 secara agregat.

Suphanat yang tidak dikawal melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan menewaskan penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre selepas pemain pertahanan JDT, Eddy Israfilov gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ketika cuba menghalang Peter Zulj.

Beraksi di hadapan 35,000 penyokong sendiri, anak buah Bidoglio bermula garang dengan bertindak awal mengancam kubu skuad kendalian Osmar Loss Vieira yang perlu bertungkus-lumus menyerap asakan berbahaya JDT.

Tuan rumah nyaris menjelmakan jaringan seawal minit pertama namun gol dicipta Bergson da Silva selepas menyambar bola tampanan penjaga gol, Neil Etheridge dibatalkan kerana ofsaid.

Peluang terbaik Harimau Selatan merungkai jaringan hadir pada minit ke-27 selepas asakan bertali arus menyaksikan Afiq Fazail yang berada di posisi terbaik merembat bola leret namun tiang gol sebelah kanan menjadi penghalang ketika Etheridge sudah tertewas.

Walaupun Buriram United sering diasak oleh anak didik Bidoglio namun mereka bijak memintas apa jua serangan dilakukan barisan pemain JDT dan berjaya memastikan kedudukan seri tanpa jaringan kekal sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, giliran Buriram United mengasak ke kubu JDT malah mengundang cemas buat benteng tuan rumah pada minit ke-53 selepas Goran Causic merembat bola kencang namun hanya melewati palang gol.

Pada minit ke-84, peluang JDT menyamakan jaringan dipersia-siakan pemain gantian, Heberty Fernandes yang melakukan sepakan percuma dari jarak 25 meter sekadar terkena benteng pelawat.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman