Pindaan Akta Orang Asli dibentang hujung tahun ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meminda dan menambah baik Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) pada sidang Parlimen sebelum akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ada beberapa aspek sedang diteliti untuk dimasukkan dalam pindaan atau penambahbaikan akta itu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan ketika ini, sesi libat urus berhubung perkara itu sedang dijalankan bukan saja dengan Tok Batin dan pemimpin Orang Asli tetapi juga golongan intelektual.

“Apabila sesi libat urus selesai dan draf awal pindaan itu dibuat, kita akan bersama bahagian draf undang-undang Jabatan Peguam Negara untuk menyelesaikan masalah ini.

“Insya-Allah, setelah selesai, pindaan ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri dan saya sendiri yang akan membawanya untuk mendapatkan kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Paling lewat pertengahan tahun depan tetapi kita akan cuba bawa akhir tahun ini untuk bentangkan di Dewan Rakyat dan kemudian di Dewan Negara,” katanya dalam satu program di Seremban, Negeri Sembilan, petang semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pindaan akta berusia lebih 70 tahun itu akan membabitkan beberapa perkara.

Antaranya, dalam soal tanah kerana terdapat beberapa pertikaian antara komuniti Orang Asli dengan pihak kerajaan negeri dan tuan tanah sama ada swasta atau kerajaan, selain berkait istilah kawasan rayau.

Selain itu, beliau berkata, penekanan akan diberikan kepada aspek pendidikan Orang Asli di mana kerajaan mempunyai rancangan khusus untuk mereka, termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Selain itu, aspek ekonomi yang mana kita tahu Orang Asli ada hak dilatih, dibimbing dan diberi pinjaman menjadi usahawan serta kemudahan untuk mengilang produk jualan mereka.

“Kita juga akan melihat perumahan Orang Asli. Mereka juga harus diberikan rumah lebih selesa di kawasan tanah rizab Orang Asli,” katanya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit