Guru wanita mangsa ‘phone scam’ rugi lebih RM200,000

KUANTAN – Seorang guru wanita berusia 38 tahun kerugian RM226,400 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) dan pegawai polis melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa semalam, dia menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai wakil pegawai NSRC pada 15 November lalu.

Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa terbabit aktiviti sindiket penipuan wang haram sebelum panggilan disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Mangsa kemudian diarahkan suspek membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dalam tempoh 4 hingga 16 Disember lalu, mangsa melakukan 21 transaksi pemindahan wang kepada tiga akaun berbeza sehingga mengalami kerugian RM226,400. Siasatan mendapati, sumber kewangan daripada wang simpanan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok