Komitmen Kerajaan MADANI dipuji, kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen

KUALA LUMPUR – Pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen diluluskan oleh Dewan Rakyat membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam sistem demokrasi di Malaysia, kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata, perkara itu merupakan satu sejarah besar kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan Parlimen berfungsi dengan lebih berkesan sebagai institusi pengimbang kuasa.

“Pengembalian akta ini bukan sahaja memulihkan maruah dan kredibiliti institusi Parlimen, malah menjadi bukti kesungguhan kerajaan dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam pentadbiran negara.

“Sebenarnya sudah sekian lama Ahli-ahli Parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang meminta agar akta ini dikembalikan setelah dimansuhkan pada tahun 1992.

“Kita bersyukur akhirnya usaha ini jadi realiti di bawah Kerajaan MADANI, Tahniah!,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Madius yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), pengembalian akta itu juga adalah satu langkah ke hadapan yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pemerintahan berintegriti dan berpusatkan rakyat.

“Saya menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha murni itu demi kebaikan bersama.

“Saya percaya dengan pengembalian ini, parlimen akan dapat melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan seiring dengan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

“Semoga langkah ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak reformasi progresif untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah,” tambahnya.

Sehubungan itu, Madius merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang selama ini mengamalkan pendekatan terbuka dalam menerajui kepimpinan negara.

“Berbanding pemerintahan sebelum ini, kita mempunyai kekangan apabila menyuarakan pandangan dan suara rakyat.

“Namun pendekatan Perdana Menteri ini sangat mesra dan terbaik dalam sejarah bagi saya kerana sentiasa terbuka mendengar pandangan dan cadangan termasuk daripada kalangan wakil-wakil rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ini juga merupakan satu bentuk reformasi yang terhormat dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih,” kata beliau.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP