Operator kilang ‘terjun’ jambatan akibat putus cinta

KUANTAN – Seorang pekerja kilang dikhuatiri lemas selepas dikatakan ‘terjatuh’ ke Sungai Kuantan dari Jambatan Putra dekat Tanjung Lumpur, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki Melayu berusia 22 tahun itu disedari orang awam yang menggunakan laluan berkenaan sekitar jam 11 malam.

“Di atas motosikal itu dijumpai sebuah telefon bimbit dalam keadaan sedang membuat panggilan video.

“Curiga dan syak ada mangsa terjatuh dari jambatan, saksi terbabit menghubungi talian kecemasan 999 memaklumkan kejadian,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 11.30 malam dengan bantuan bomba dan APM.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua anjing pengesan – Frankie dan Denti – dari Unit Anjing Pengesan turut membantu operasi SAR di sepanjang sungai Kuantan.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP