Ladang kelapa terbakar punca jerebu di Gebeng

KUANTAN – Kebakaran ladang kelapa seluas 75.67 hektar di kawasan Balok Baru sejak 22 Februari lalu masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, daripada keseluruhan kawasan terbakar itu, 66.773 hektar sudah dipadamkan manakala operasi sedang dipertingkatkan bagi baki 8.903 hektar lagi.

Seramai 73 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng serta dibantu 10 BBP lain antaranya Kuantan, Taman Tas dan Indera Mahkota terbabit dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran itu.

“Kebakaran ladang kelapa memasuki hari kesembilan (semalam) dan kawasan itu mula merebak berikutan angin kencang.

“Sebuah pesawat jenis Mi-17 turut digunakan untuk memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman dibahagikan kepada tujuh sektor bagi mengelak kebakaran terus merebak.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP