RM1 bilion untuk pesawah bukti kesungguhan Kerajaan Madani tingkat pengeluaran padi

SUNGAI PETANI – Peruntukan hampir RM1 bilion bagi Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 membuktikan kesungguhan Kerajaan Madani meningkatkan hasil padi.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, projek dalam tempoh dua tahun melibatkan keluasan sekitar 11,000 hektar itu adalah bukti nyata usaha kerajaan dalam meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus dan menaikkan pendapatan 6,100 pesawah sehingga 43 peratus.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani atas komitmen mereka dalam menjadikan industri padi dan beras sebagai tunjang keterjaminan makanan negara.

“Rakyat Kedah khususnya golongan petani berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana tidak meminggirkan atau menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri pembangkang.

“Inisiatif ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira perbezaan politik,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohammed Taufiq berkata, Perdana Menteri turut membantu pesawah melalui inisiatif lain seperti pemberian bantuan khas oleh Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan bantuan banjir untuk Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

Beliau menyifatkan, langkah-langkah ini amat bermakna bagi meringankan beban pesawah yang terjejas akibat bencana alam.

“Kita perlu mengakui bahawa kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak pernah mengambil inisiatif sebegini untuk negeri-negeri pembangkang dan pesawah padi,” katanya.

Tambah beliau, usaha ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar komited dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

Menurutnya lagi, beliau yakin Kerajaan Madani akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam hal ini demi memastikan keterjaminan makanan negara dan kesejahteraan pesawah terus terpelihara.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri