DBKK tutup sementara jalan, tempat letak kereta sempena Bazar Ramadan 2025

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara beberapa jalan dan tempat letak kereta bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Bazar Ramadan 2025.

DBKK dalam notis yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi menyatakan penutupan berkenaan akan bermula pada 1 hingga 30 Mac 2025 di lokasi-lokasi bazar ramadan yang dikenal pasti.

“Antara lokasi yang terlibat termasuk Lintasan Deasoka (Dataran Lintasan Deasoka, Jalan Bandaran  dan tempat letak kereta Lintasan Deasoka), Padang Merdeka (kawasan tempat letak kereta) dan Indah Permai (kawasan tempat letak kereta bersebelahan Bataras).

“Kawasan seterusnya ialah Pasar Malam Sembulan, Tanjung Aru (kawasan tempat letak kereta hadapan Daily Express), Pasar Malam Inanam, Pasar Malam Inanam Point, Pasar Malam Menggatal, Pasar Malam Kingfisher, Plaza Menggatal, University Apartment (UA) dan University Utama Square (UUS).

“Selain itu turut terlibat ialah Pasar Malam KK City Night Market (sebelah bangunan UMMO), Kepayan 88 Avenue, Plaza Juta Likas serta Taman Awam DBKK Sungai Darau Greenway (hadapan bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan),” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, masa penutupan yang ditetapkan bagi kesemua lokasi tersebut adalah bermula pukul 1 petang hingga 7 malam.

Sehubungan itu, DBKK menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan dan kelancaran trafik.

Related Posts

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang