Sanusi mohon maaf kepada Amirudin di mahkamah

AKHIRNYA diselesaikan secara baik saman fitnah yang difailkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Menteri Besar Kedah itu membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan hakim Rozi Banun kepada Amirudin sebagai sebahagian daripada terma penyelesaian saman sivil berhubung kenyataan fitnah yang dibuat beliau mengenai projek pembersihan Sungai Klang.

Bagaimanapun, hakim tidak membenarkan kenyataan maaf yang dibuat Sanusi di mahkamah itu didedahkan kepada awam.

“Kes ini telah diselesaikan dan ditutup sepenuhnya,” kata Rozi dipetik FMT.

Amirudin memfailkan saman pada 30 Ogos lalu terhadap Muhamad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Perikatan Nasional (PN) itu yang mendakwa beliau mempunyai skandal melibatkan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Saman terhadap Menteri Besar Kedah itu dibuat oleh Amirudin selepas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu dikatakan memfitnahnya menyerahkan tanah seluas 243 hektar di Selangor kepada Vincent Tan.

Kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu antara lain menggambarkan Amirudin dan Vincent Tan terlibat dalam perniagaan yang korup dan memperoleh tanah seluas 600 hektar secara percuma.

Ia termasuk tuduhan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal mengalami kerugian sehingga RM180 juta jika Vincent Tan diberikan projek sungai bernilai RM10 bilion.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar

NADI Inanam Sentral jadi pusat komuniti digital baharu di Parlimen Sepanggar

NADI Inanam Sentral jadi pusat komuniti digital baharu di Parlimen Sepanggar