Polisi hukuman terhadap pemilik kargo lebih muatan sedang dikaji MOT

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mengkaji dasar bagi memberi hukuman terhadap pemilik yang membenarkan kargo dibawa melebihi muatan di atas jalan raya, berbanding hanya kepada pemandu serta pengendali syarikat pengangkutan ketika ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, menerusi Seksyen 57(3), Akta Pengangkutan Awam Darat, pengendali syarikat pengangkutan bukan saja boleh digantung lesen jika melakukan kesalahan itu, malah boleh didakwa dan didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, selain kenderaan mereka dilucut hak.

“Memang ada beberapa kes dibawa ke mahkamah untuk memberikan mesej kuat kepada pengendali ini supaya tidak membawa muatan berlebihan.

“Kita sedang melihat dasar, bukan saja pemandu dan pemilik syarikat pengangkutan dikenakan tindakan, malah pemilik kargo juga bertanggungjawab dan perlu menghadapi hukuman jika membenarkan kargo mereka dibawa dengan muatan berlebihan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) sama ada pengendali syarikat pengangkutan yang membawa muatan berlebihan, sehingga ada yang menyebabkan kematian boleh didakwa di mahkamah dan kenderaan mereka dilucut hak sepenuhnya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Shamshulkahar berkenaan tindakan tegas kementerian dalam mengurangkan kemalangan maut membabitkan kenderaan berat, yang mana 1,457 kes kematian direkodkan sejak Januari 2019 hingga November 2024, Anthony menegaskan, sebanyak 247 lesen pengendali digantung tahun lalu akibat kegagalan dalam audit pematuhan Kod Amalan Industri untuk Keselamatan Pengangkutan (ICOP), yang menyebabkan kemalangan atau terbabit dalam ketidakpatuhan berkaitan.

Menurutnya, jumlah itu akan membimbangkan susulan ia mengalami peningkatan, iaitu 101 pada 2023, berbanding 94 pada 2022, manakala hanya lapan lesen pengendali digantung antara 2019 dan 2021.

“Kementerian melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga menggantung 23 permit kenderaan pada 2024 atas ketidakpatuhan keselamatan jalan raya, selain membatalkan tujuh lesen pengendali antara 2022 dan 2024, berbanding tiada pembatalan antara 2019 dan 2021.

“Apabila lesen pengendali sesebuah syarikat digantung atau dibatalkan, semua kenderaan yang berdaftar di bawah syarikat itu tidak boleh beroperasi.

“Antara syarikat yang lesen pengendalinya digantung, termasuk sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan mempunyai lebih daripada 1,000 kenderaan,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas kerjasama dengan Iran

PUTRAJAYA – Malaysia dan Iran dalam usaha memperluas kerjasama khususnya dalam bidang infrastruktur, teknologi, telekomunikasi, pendidikan dan keterjaminan makanan.  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok