Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

SHAH ALAM – Usaha menangani kemiskinan memerlukan intervensi menyeluruh meliputi bantuan keperluan asas, peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, pendidikan, latihan kemahiran dan perlindungan sosial.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan MADANI berpaksikan prinsip yang jelas, iaitu pembangunan negara mesti membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat, bukan hanya kepada segelintir pihak.

“Kita tidak mahu kemajuan yang meminggirkan atau meninggalkan rakyat di belakang. Sebaliknya, kita mahu kemajuan yang adil, inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.

“Kita sedar bahawa kehidupan rakyat hari ini penuh dengan cabaran. Ramai yang bekerja siang dan malam, berniaga kecil-kecilan serta melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarga.

“Namun, dalam kesungguhan itu, masih ada yang hidup dalam kebimbangan. Kerisauan sekiranya jatuh sakit, ditimpa kemalangan atau kehilangan punca pendapatan secara tiba-tiba.

“Atas kesedaran inilah, Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI atau Sejahtera MADANI diwujudkan sebagai payung yang menghimpunkan pelbagai usaha Kerajaan serta sumbangan rakan strategik bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Sejahtera MADANI, dekat sini hari ini.

Katanya, perlindungan berkenaan penting bagi membantu keluarga berdepan musibah tidak dijangka seperti kematian dan hilang upaya kekal yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan keluarga.

“Di bawah pelaksanaan SIKR 3.0, dengan peruntukan sebanyak RM18 juta, seramai 250,000 KIR dilindungi di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, 15,151 KIR adalah di Negeri Selangor, melibatkan kos sebanyak RM1.12 juta,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Sejahtera MADANI-SIKR 3.0 di Shah Alam.

Amirudin berkata, waris atau ahli keluarga KIR yang meninggal dunia akan menerima manfaat tunai sebanyak RM13,500 bagi kematian secara semula jadi, RM26,500 akibat kemalangan dan RM13,500 bagi hilang upaya kekal daripada semua punca.

Menurut beliau, sehingga 30 September lalu, hampir RM400,000 telah dibayar dalam bentuk manfaat tuntutan kepada waris di Selangor.

Katanya, bantuan itu boleh digunakan untuk menampung keperluan keluarga termasuk bayaran sewa rumah, perbelanjaan harian, persekolahan anak serta komitmen keluarga.

“SIKR tentunya tidak dapat menggantikan insan yang telah pergi. Tetapi sekurang-kurangnya, perlindungan ini dapat memberikan sedikit ruang kepada keluarga untuk bernafas, menyesuaikan diri dengan keadaan dan meneruskan kehidupan pada saat mereka paling memerlukan sokongan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, sebanyak 14,229 KIR di Selangor berada dalam status miskin eKasih berdasarkan statistik sehingga 30 September 2026.

Katanya, sebanyak 38 program Sejahtera MADANI telah dilaksanakan di Selangor sehingga 30 September lalu, memberi manfaat kepada 4,505 penerima.

Antara inisiatif itu termasuk penyerahan 55 peranti kepada anak-anak keluarga eKasih serta tiga siri Program Usahawan Digital bersama TM Unifi Business yang memberi manfaat kepada 291 peserta eKasih.

Amirudin berkata, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, ICU JPM, sektor swasta dan pihak berkepentingan bagi memperkukuh jaringan perlindungan sosial serta memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Related Posts

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan terus menyediakan pelbagai insentif produktiviti dan sokongan input pertanian kepada pekebun kecil persendirian kelapa sawit bagi membantu meningkatkan hasil serta pendapatan mereka, termasuk di Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

KERAJAAN digesa agar terus memperkukuh insentif kerjaya, saraan, kepastian penempatan dan kemudahan kediaman bagi menarik lebih ramai pegawai perubatan untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar