Jika masih bersikap ‘play safe’, ASEAN akan kekal diancam kuasa besar

PUTRAJAYA – ASEAN akan kekal rentan terhadap ancaman luar, khususnya dari kuasa-kuasa besar yang mempunyai kepentingan strategik di Asia Tenggara sekiranya masih berpegang kepada pendekatan berhati-hati (play safe) tanpa tindakan konkrit dan holistik.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, keselamatan ASEAN bergantung kepada keupayaan negara anggotanya untuk bertindak secara kolektif, bukan sekadar bergantung kepada diplomasi semata-mata.

Menurutnya, walaupun pertubuhan itu menubuhkan platform seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), pendekatan itu masih bersifat longgar dan tidak mengikat negara anggota untuk bertindak secara kolektif.

“Prinsip ‘ASEAN Way’, yang menekankan konsensus dan tidak campur tangan, sering menjadi penghalang kepada tindakan tegas dalam isu keselamatan. Kesannya, ASEAN gagal membentuk satu mekanisme pertahanan bersama seperti NATO, yang mampu bertindak lebih agresif dalam menangani ancaman luar.

“Tambahan pula, pergantungan ASEAN kepada kuasa luar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China dalam aspek ketenteraan serta ekonomi menimbulkan dilema strategik. Negara-negara anggota terpaksa mengimbangi hubungan dengan kuasa besar ini, yang sering kali menyebabkan perpecahan dalam blok ASEAN sendiri.

“Sebagai contoh, sikap berbeza antara Filipina yang cenderung kepada AS dan Kemboja yang berpihak kepada China telah melemahkan perpaduan ASEAN dalam menangani isu Laut China Selatan,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, Nur Ashikin berkata, keselamatan serantau di Asia Tenggara tidak lagi terbatas kepada ancaman tradisional seperti konflik ketenteraan, tetapi turut melibatkan ancaman bukan tradisional, antaranya, keganasan, jenayah rentas sempadan, keselamatan siber, dan eksploitasi sumber maritim secara haram.

Sehubungan itu, jelasnya, ASEAN perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memperkukuh kerjasama serantau bagi memastikan kestabilan dan kedaulatan negara-negara anggotanya terus terpelihara.

“Salah satu cabaran utama ASEAN ialah ancaman terhadap kedaulatan maritim, khususnya di Laut China Selatan. China semakin agresif dalam memperluaskan tuntutannya melalui strategi “grey-zone tactics”, termasuk kehadiran kapal pengawal pantai dan militia maritim yang sering mencabar hak kedaulatan negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Filipina, dan Vietnam.

“Walaupun ASEAN telah berusaha merangka Kod Tata Laku (COC) Laut China Selatan, perbincangan yang berlarutan menunjukkan ketidakmampuan organisasi ini untuk bertindak tegas terhadap pencerobohan kuasa besar,” katanya.

Sementara itu, Nur Ashikin menegaskan, ancaman seperti penangkapan ikan secara haram (IUU fishing), penyeludupan manusia, dan keganasan juga membuktikan kelemahan ASEAN dalam menangani isu keselamatan secara kolektif.

“Misalnya, di Laut Sulu, aktiviti kumpulan Abu Sayyaf yang berkaitan dengan penculikan dan penyeludupan masih berlanjutan meskipun terdapat inisiatif Rondaan Maritim Trilateral (TMP) antara Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Ini menunjukkan bahawa meskipun wujud kerjasama, pelaksanaannya masih belum cukup efektif untuk menghapuskan ancaman secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan keperluan buat ASEAN mengadaptasi beberapa langkah strategik bagi memperkukuh keselamatan serantau susulan pendekatan tersebut sangat penting dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin sukar untuk dihadapi secara bersendirian.

“Mekanisme penguatkuasaan perlu lebih tegas, termasuk peningkatan operasi ketenteraan bersama serta perkongsian risikan yang lebih berkesan, selain ASEAN perlu mempercepatkan pelaksanaan COC Laut China Selatan dengan meletakkan syarat yang mengikat bagi mengelakkan eksploitasi oleh kuasa luar.

“Pada masa sama, blok ini harus mengurangkan kebergantungan kepada kuasa besar dengan memperkukuh industri pertahanan serantau, misalnya melalui pengeluaran senjata dan teknologi keselamatan secara kolektif. Namun, adakah mekanisme kerjasama sedia ada mencukupi untuk menghadapi ancaman yang semakin kompleks ini.

“Justeru, sudah tiba masanya ASEAN mengambil pendekatan yang lebih berani dan berkesan dalam memastikan kestabilan dan kedaulatan wilayahnya terus terjamin,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama serantau yang kukuh adalah asas utama dalam menangani ancaman keselamatan yang semakin kompleks di ASEAN.

Beliau menerusi ucapan pembukaan Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Batu Ferengghi, pada Rabu memaklumkan, cabaran keselamatan melibatkan pelbagai aspek, baik ancaman tradisional mahupun bukan tradisional, memerlukan pendekatan bersama dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills