Sedia dana khas bantu pendidikan di Baitul Maqdis

PUTRAJAYA – Selain membangunkan semula Gaza, kerajaan juga akan memberi bantuan khusus kepada Baitul Maqdis, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mewujudkan dana wakaf bagi merancakkan aktiviti madrasah dan pendidikan di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Jelasnya, beliau mahu rakyat Malaysia terus membantu dan menunjukkan rasa ihsan serta tanggungjawab dalam meringankan beban penduduk di Gaza dan Baitul Maqdis.

“Bantuan kemanusiaan ini perlu kita teruskan. Selain membangunkan semula Gaza, kita juga akan bantu untuk kemajuan di Baitul Maqdis.

“Ia termasuk merancakkan madrasah di sekitar Baitul Maqdis,” katanya ketika berucap pada Majlis Ilmu Bersama Imam Besar Masjid-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri di Masjid Putra, malam tadi.

Katanya, dana wakaf itu juga disalurkan bagi merancakkan aktiviti pendidikan di Universiti Al-Quds.

Anwar berkata, beliau juga telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan universiti tempatan bagi menjalinkan hubungan dengan universiti itu.

Terdahulu, ribuan jemaah hadir pada majlis ilmu itu di mana Sheikh Dr Ekrima turut mengimamkan solat maghrib dan isyak.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok